Premium
Bedak Johnson & Johnson di S'pura selamat
Oct 30, 2019 | 5:30 AM
TIDAK ADA KESAN ASBESTOS: Johnson & Johnson berkata mereka akan menarik semula 33,000 botol bedak bayi di Amerika. - Foto AFP -
TIADA kesan asbestos didapati di dalam bedak Johnson & Johnson yang dijual di Singapura, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) awal semalam.
Pada 18 Oktober, syarikat gergasi itu berkata bahawa mereka akan menarik balik 33,000 botol bedak bayi di Amerika Syarikat, setelah salah satu botol didapati mengandungi kesan asbestos oleh Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika.

