Barang peninggalan perang di tapak binaan Woodlands jaya dimusnah
Barang peninggalan perang di tapak binaan Woodlands jaya dimusnah
Jul 30, 2018 | 1:01 PM
DIMUSNAHKAN: Barang peninggalan perang berjaya dimusnahkan dengan selamat oleh pasukan EOD SAF sekitar 9 malam pada 29 Julai 2018. - Foto FACEBOOK/THE SINGAPORE ARMY
PEGAWAI Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berjaya memusnahkan barang peninggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di sebuah tapak binaan di Woodlands Road semalam (29 Julai).
Tentera Darat Singapura berkongsi video yang menunjukkan pasukan Penghapus Kelengkapan Letupan (EOD) SAF di tapak binaan itu menerusi laman Facebook mereka hari ini.
"Objek itu berjaya dimusnahkan pasukan EOD SAF kami dengan selamat sekitar 9 malam tadi," kata SAF.
Semasa proses memusnahkan objek itu dijalankan, pegawai Polis Trafik turut hadir bagi memberi arahan kepada pemandu dan menasihatkan orang awam agar mengelak kawasan tersebut.

