Ada soalan mengenai pelaburan? Tanya pakar kami, Perancang Kewangan Bertauliah dan Pengarah, Pengurusan Kekayaan (Ekonomi & Strategi Pasaran) Financial Alliance Pte Ltd, Encik Sani Hamid.

Soalan: Keluarga saya baru-baru ini kehilangan ayah tercinta, yang merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga. Malangnya, keluarga saya tiada simpanan mencukupi untuk keperluan asas kami buat jangka panjang. Haruskah kami menjual rumah atau terdapat cara lain untuk kami hidup?