Topic followed successfully
Go to BHkuBapa ditangkap kerana disyaki bunuh anak berusia dua tahun
Bapa ditangkap kerana disyaki bunuh anak berusia dua tahun
Bapa ditangkap kerana disyaki bunuh anak berusia dua tahun
SEORANG lelaki berusia 34 tahun yang disyaki membunuh kanak-kanak berusia dua tahun telah ditangkap pada Ahad (16 Jun), kata polis dalam kenyataannya pada Isnin (17 Jun).
Lelaki itu ialah bapa kanak-kanak itu, kata polis.
Dalam kenyataannya, polis berkata ia menyahut panggilan meminta bantuan di Blok 163B, Rivervale Crescent pada 10.24 malam dan menemui kanak-kanak dua tahun terkejur kaku dalam bilik tidur sebuah unit blok itu.
Seorang lelaki berusia 34 tahun yang cedera juga ditemui dalam bilik tidur yang sama.
Kededua suspek dan kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Besar Sengkang di mana kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada Isnin, 12.28 pagi.
Polis menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan.
Siasatan sedang berlangsung.

