Premium
Banyak pekerjaan baru wujud walau ekonomi tak menentu
Chun Sing: Warga perlu dilatih untuk sahut pelbagai peluang dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti teknologi infokom, jagaan kesihatan dan resort bersepadu
Dec 15, 2019 | 5:30 AM
TETAP OPTIMIS: Dengan pelbagai pelaburan yang bakal ditarik dalam dua, tiga tahun ini, Encik Chan telah melahirkan keyakinannya dengan prospek ekonomi walaupun keadaan tidak menentu. - Foto BM oleh GAVIN FOO -
SINGAPURA boleh menjangkakan ribuan pekerjaan baru yang bakal diwujudkan di sini dalam tempoh beberapa tahun akan datang hasil daripada pelaburan yang dibawa masuk ke sini, meskipun keadaan ekonomi kini tidak menentu.
Peluang pekerjaan itu diwujudkan dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti teknologi infokom (ICT); khidmat profesional; perbankan; jagaan kesihatan; petrokimia dan resort bersepadu (IR).

