Premium
Bantuan $60,000 untuk 300 murid tadika
Usaha murni persiap kanak-kanak sedia masuk ke Darjah 1 tahun depan
Nov 19, 2017 | 5:30 AM

PEMBERIAN LEBIH BERMAKNA: Anggota Parlimen GRC Jurong yang juga penasihat akar umbi GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam (bertudung kelabu), mengagihkan bantuan bernilai $150 setiap satu kepada 300 murid prasekolah dalam bentuk keperluan sekolah di bawah Program Keperluan Sekolah Saya @ South West, yang julung kali diperkenal tahun ini. Acara diadakan di Pusat Tadika PCF di Bukit Batok East Avenue 5, Rabu lalu. Kelihatan Cik Rahayu bersama Pengetua Eksekutif PCF Sparkletots Preschool @ Bukit Batok East, Cik Sheena Lim (paling kiri), dan di kanannya, wakil badan amal Taoist, Zhi Zhen Tan Dao Xue Hui (Singapore), Dr Benjie Ng Ser Kwei. - Foto BM oleh SHAHRIYA YAHYA -
SERAMAI 300 kanak-kanak prasekolah kurang bernasib baik telah menerima bantuan bernilai $150 dalam bentuk barangan sekolah di bawah program Keperluan Sekolah Saya @ South West, yang julung kali diperkenal tahun ini.
Program tersebut melibatkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West; badan amal Taoist, Zhi Zhen Tan Dao Xue Hui (Singapore); serta pengedar barangan elektronik, Serial System Ltd.

