Bakal tersergam dengan pesona baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bakal tersergam dengan pesona baru

Feb 26, 2021 | 5:30 AM

Bakal tersergam dengan pesona baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SEMUA BERJALAN LANCAR: Beberapa pekerja menjalankan kerja menaik taraf masjid yang dijangka siap pada pertengahan tahun depan. - Foto MASJID MALABAR
SEMUA BERJALAN LANCAR: Beberapa pekerja menjalankan kerja menaik taraf masjid yang dijangka siap pada pertengahan tahun depan. - Foto MASJID MALABAR -

KEKUATAN aktiviti dan pembangunan sebuah masjid banyak bergantung kepada dana pengurusan kewangan yang cemerlang.

Ini kerana peruntukan yang banyak akan memberi kelebihan yang tinggi kepada sesebuah masjid.

Dalam menelusuri isu berkaitan pengurusan masjid, Pengerusi Masjid Malabar, Encik Osman Abdullah, mengakui kepentingan dana dalam sesebuah organisasi.

Jelas beliau: "Sejarah membuktikan bahawa masjid memainkan peranan besar dalam memperkasakan ummah kerana ia menjadi lambang keutuhan agama Islam itu sendiri. Justeru, kita perlu sentiasa meneliti pengurusan kewangan dan pembangunan masjid agar masjid sentiasa relevan dengan perkembangan semasa."

Menurutnya, Masjid Malabar sentiasa mencari jalan memperkukuh kedudukan masjid melalui dana-dana tertentu agar masjid sentiasa makmur dan terjaga.

"Jadi, kami sentiasa menekankan penambahbaikan yang mampu memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat, khusunya jemaah.

"Oleh itu, pihak masjid merangka kerja-kerja naik taraf yang mampu membawa kepada beberapa pengubahsuaian demi menyuntik nafas yang lebih segar kepada institusi ini," kata Encik Osman.

Penambahbaikan ini melibatkan pembinaan bangunan tambahan untuk bilik madrasah dan kemudahan yang lain.

Pihak masjid ingin mewujudkan kemudahan yang mesra pengguna untuk jemaah agar mereka dapat beribadah dengan selesa.

Kini Masjid Malabar sedang menjalani kerja-kerja umum dan proses piling.

Kerja-kerja mekanikal dan kejuruteraan juga sedang dilakukan dengan sistematik. Perkara teknikal ini melibatkan pengurusan pemasangan wayar elektrik dan sebagainya.

Memandangkan masjid akan dibuka pada suku kedua (Q2) tahun 2022, maka Masjid Malabar memberikan perhatian kepada usaha mencari dana pembangunan masjid.

Encik Osman Abdullah menyambung:

"Sekiranya semuanya berjalan seperti yang dirancang, insya-Allah, Masjid Malabar akan berdiri megah dengan pesona baru.

"Kini, Masjid Malabar masih beroperasi secara dalam talian. Jadi, kami masih menjalankan aktiviti secara maya.

"Aktiviti tersebut melibatkan Kelas Fiqh, Ratib, Qasidah dan Maulid. Semoga masjid dapat dibuka mengikut waktunya dan masyarakat dapat menikmati keperluan agama dalam keadaan yang lebih stabil."

CARA MENYUMBANG

- Untuk sumbangan secara wang tunai, sila hubungi Imam Shafeeque atau Imam Ismail di talian 6294-3862.

- Sumbangan juga boleh diberikan melalui pos melalui cek, pesanan pos atau draf bank yang beralamatkan Masjid Malabar, 471 Victoria Street S (198370).

- Perkhidmatan PayNow juga disediakan menerusi nombor berikut iaitu UEN S29MQ0053L

- Imbas kod SGQR Masjid Malabar yang tertera.

- Penderma boleh melaksanakan pemindahan wang ke akaun Masjid Malabar, melalui nombor akaun 581-227204-001 (OCBC).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg