Pemimpin agama dan masyarakat di sini ajak semua tingkat kesefahaman
Premium
Pemimpin agama dan masyarakat di sini ajak semua tingkat kesefahaman
Mar 17, 2019 | 5:30 AM

-
BADAN agama dan kumpulan yang menggalak keharmonian kaum di sini amat sedih dan mengecam serangan keganasan yang tidak berperikemanusiaan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand, kelmarin.
Menyampaikan takziah dan doa kepada mangsa dan keluarga dalam pelbagai kenyataan, mereka menekankan bahawa kejadian itu memberi peringatan kepada rakyat Singapura tentang kepentingan memupuk persefahaman silang kaum dan agama serta memperkukuh ikatan antara masyarakat berlainan kaum.

