Topik diikuti
Pergi ke BHkuAsatizah Maya boleh bantu jika pegawai tiada di masjid
Seramai 43 pemimpin masjid - termasuk pengerusi dan pegawai kanan - menerima sijil tanda pencapaian mereka selesai menjalani Program Kepimpinan Strategik (SLP) baru-baru ini. Menerusi program itu, peserta telah menghasilkan beberapa projek berpotensi tinggi yang boleh dilaksanakan di masjid setempat. ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) membentangkan antara projek yang telah dihasilkan peserta SLP itu.
Jan 10, 2017 | 5:30 AM
Asatizah Maya boleh bantu jika pegawai tiada di masjid
ADA soalan agama yang perlu diajukan kepada asatizah semasa di masjid tetapi tiada pegawai untuk menjawabnya?
Satu projek yang dihasilkan sebuah kumpulan yang menyertai Program Kepimpinan Strategik (SLP) baru-baru ini bertujuan mengatasi masalah tersebut.
