Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ariana Grande gegarkan konsert F1

Sep 17, 2017 | 11:01 AM
KONSERT F1: Penyanyi pop Ariana Grande menggegarkan Litar Marina Bay malam tadi apabila beliau menghiburkan 50,000 penonton di Grand Prix Singapura Singapore Airlines 2017.
KONSERT F1: Penyanyi pop Ariana Grande menggegarkan Litar Marina Bay malam tadi apabila beliau menghiburkan 50,000 penonton di Grand Prix Singapura Singapore Airlines 2017. - Foto The Straits Times

Sementara pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, menguasai Litar Marina Bay malam tadi, pentas F1 pula dikuasai diva pop Ariana Grande.

Penyanyi asal Amerika Syarikat itu mempamerkan kehebatan suaranya dan keupayaan menari rancak walaupun memakai kasut tumit tinggi yang amat tinggi.

Grande, 24 tahun, menghiburkan lebih 50,000 penonton di Pentas Padang malam tadi bagi perlumbaan Grand Prix Singapura Singapore Airlines 2017.

Meskipun dapat menghiburkan peminatnya selama sejam sahaja, beliau mampu memaparkan satu pertunjukan yang terbaik dan pic suara yang tinggi.

Cuaca yang cukup panas malam tadi juga tidak membuat penyanyi muda itu kelihatan letih. Malah, beliau juga mampu menyanyi sementara menunggang basikal bagi satu lagu nyanyiannya bersama Nicki Minaj, Side To Side.

Selain itu, Grande turut menghiburkan penonton dengan lagu lain seperti One Last Time, Bang Bang, Be Alright dan Dangerous Woman.

Selain penyanyi itu, pemandu Ferrari, Vettel juga menampilkan pertunjukan cukup baik malam tadi selepas berjaya mendapat kedudukan terbaik dalam sesi kelayakan malam tadi.

Beliau akan memulakan perlumbaan di Litar Marina Bay malam ini di petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas, iaitu waktu rekod 1 minit 39.491 saat, di sesi kelayakan itu.

Seramai tujuh daripada sembilan pemandu yang bermula di petak pertama dalam Grand Prix Singapura sejauh ini memenangi perlumbaan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg