SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Anugerah Jauhari Harapan rai pelapis muda

Anugerah Jauhari Harapan rai pelapis muda

Nov 3, 2022 | 5:30 AM

Anugerah Jauhari Harapan rai pelapis muda

IKHSAN FANDI
IKHSAN FANDI -

PADA usia 30 tahun, beliau bukan sahaja berjaya menubuhkan rangkaian perniagaan yang berjaya di Singapura.

Bahkan, jenama yang dibinanya juga sudah berjaya menebarkan sayap ke luar negara.

Sikapnya yang gigih berusaha demi mencapai impian wajar menjadikannya suri teladan bagi generasi muda.

Gerangan individu itu, yang akan diiktiraf dengan Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian, akan diketahui dalam satu majlis gilang-gemilang di Hotel Four Seasons malam ini.

Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian bertujuan mengiktiraf pencapaian dan potensi individu Melayu/Islam yang berusia 30 tahun dan ke bawah.

Anugerah itu, yang diperkenal pada 2014 sebagai mencerminkan komitmen akhbar ini memberi dorongan kepada golongan muda yang berpotensi agar terus mengejar impian.

Penerima Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian juga dipilih daripada pencalonan umum dan pemimpin masyarakat.

Penerima Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian juga akan menerima hadiah wang tunai bernilai $5,000 selain trofi.

Sebelum ini, penerima anugerah tersebut termasuk pemain bola sepak profesional, Ikhsan Fandi; petinju profesional, Muhammad Ridhwan 'The Chosen Wan'; pendayung negara dan atlet Olimpik, Saiyidah Aisyah Mohamed; dan penerima Biasiswa Presiden, Encik Muhammad Dhafer Muhammad Faishal.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg