SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Anggota NSF ditahan buat ancaman bom palsu di Pangkalan Udara Paya Lebar

Anggota NSF ditahan buat ancaman bom palsu di Pangkalan Udara Paya Lebar

Feb 9, 2026 | 7:53 PM

Anggota NSF ditahan buat ancaman bom palsu di Pangkalan Udara Paya Lebar

Anggota NSF, ancaman bom palsu, Pangkalan Udara Paya Lebar
Pada 23 Januari, seorang anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) memuat naik hantaran dalam talian yang mendakwa bahan letupan buatan sendiri telah dipasang di 12 lokasi tertentu dalam Pangkalan Udara Paya Lebar, serta di dalam kenderaan pegawai kanan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). - Foto ZAOBAO

Seorang anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) berusia 22 tahun telah ditahan pada 28 Januari dan dihantar ke berek tahanan, selepas didakwa membuat ancaman bom palsu terhadap Pangkalan Udara Paya Lebar pada 23 Januari.

Kementerian Pertahanan (Mindef), dalam kenyataan media pada 9 Februari, menjelaskan NSF itu bertugas di pangkalan udara berkenaan.

Siasatan awal menunjukkan dia bertindak berseorangan.

Mindef mendedahkan NSF terbabit memuat naik hantaran dalam talian yang mendakwa bahan letupan buatan sendiri dipasang di 12 lokasi dalam pangkalan udara dan pada kenderaan pegawai kanan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Ancaman itu disahkan palsu selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh.

NSF tersebut kini disiasat dan berdepan pendakwaan di bawah Seksyen 268A Kanun Keseksaan, dengan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda sehingga $50,000.

Mindef menegaskan semua ancaman keselamatan dipandang serius dan ancaman palsu akan dikenakan tindakan undang-undang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg