Anak bekas hartawan minyak didakwa halang proses keadilan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak bekas hartawan minyak didakwa halang proses keadilan

Aug 5, 2021 | 5:30 AM

Anak bekas hartawan minyak didakwa halang proses keadilan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DITUDUH HALANG PROSES KEADILAN: Lim dituduh mengarahkan pengurus IT di Hin Leong agar menghapus rekod IT sedang firma tersebut waktu itu menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang di bawah prosiding sivil atau siasatan jenayah. - Foto BH oleh KELVIN CHNG
DITUDUH HALANG PROSES KEADILAN: Lim dituduh mengarahkan pengurus IT di Hin Leong agar menghapus rekod IT sedang firma tersebut waktu itu menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang di bawah prosiding sivil atau siasatan jenayah. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -

LIM Huey Ching, anak perempuan bekas hartawan minyak Lim Oon Kuin, dan seorang pengarah eksekutif Hin Leong Trading selama lebih 20 tahun, telah didakwa dengan satu tuduhan menghalang proses keadilan.

Dia merupakan anggota kedua keluarga Lim yang telah didakwa.

Lim dituduh mengarahkan Lim Chin, seorang pengurus IT di Hin Leong, agar menghapuskan rekod IT pada 13 April tahun lalu sedang firma itu pada waktu itu menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang di bawah prosiding sivil atau siasatan jenayah.

Menurut kertas pertuduhan, Lim dituduh memerintahkan Lim Chin agar memastikan "maklumat yang dihapuskan dalam server Hin Leong tidak boleh dipulihkan, dan agar maklumat sandar yang sebelum ini disimpan dalam server Hin Leong mesti kekal dilupuskan".

Ikat jamin Lim ditetapkan $40,000 dengan penandaan elektronik, lapor The Straits Times.

Pada Jun lalu, Lim Oon Kuin dikenakan 105 tuduhan penipuan dan pemalsuan. Bersama 25 tuduhan berkaitan pemalsuan yang didakwa tahun lalu dan pada April tahun ini, bekas hartawan minyak berusia 79 tahun itu kini menghadapi sejumlah 130 tuduhan melibatkan AS$2.7 bilion ($3.64 bilion) dalam tuduhan pinjaman palsu yang dikeluarkan.

Pendakwa raya Singapura mendedahkan 16 bank di Singapura telah mengalami "kerugian kewangan sebenar" AS$291.9 juta daripada pinjaman AS$2.7 bilion yang diberikan kepada Hin Leong, dipercayai menerusi tipu daya Lim Oon Kuin.

Kerugian tersebut sebahagian daripada hutang AS$3.5 bilion yang didakwa dipinjamkan kepada Hin Leong oleh 23 bank.

Pengurus kehakiman yang menjadi pelikuidasi (liquidator), Encik Goh Thien Phong dan Encik Chan Kheng Tek, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim Oon Kuin, lebih dikenali sebagai O.K. Lim, dan dua anaknya pada September tahun lalu berkenaan wang lebih AS$3.5 bilion bersama dividen AS$90 juta yang keluarga Lim didakwa membayar diri mereka sendiri walaupun syarikat itu telah menjadi tidak solven atau tidak mampu membayar hutang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg