Topik diikuti
Pergi ke BHkuAl-Imtaq santuni desa terpencil, bawa kegembiraan Aidiladha
Al-Imtaq santuni desa terpencil, bawa kegembiraan Aidiladha
Al-Imtaq santuni desa terpencil, bawa kegembiraan Aidiladha
Firma Al-Imtaq International & Services dengan kerjasama Na’am Travel membuka peluang kepada umat Islam untuk menyertai ibadah korban di Lombok, Indonesia.
Program ini memastikan pelaksanaan sembelihan dilakukan secara langsung di kawasan pedalaman yang memerlukan.
Berdasarkan pandangan majoriti ulama, ibadah korban dihukumkan sebagai sunat mu’akkad, iaitu amalan yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan.
Terdapat hadis yang menunjukkan teguran kepada golongan berkemampuan tetapi meninggalkan ibadah ini, serta hadis lain yang menegaskan bahawa amalan korban pada Hari Nahr (10 Zulhijah) merupakan antara ibadah paling dicintai Allah swt, dengan setiap pengorbanan akan diberi ganjaran besar hingga ke akhirat.
Menurut Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, pihaknya telah menguruskan ibadah korban selama hampir 17 tahun dan terus mendapat kepercayaan masyarakat melalui pelaksanaan yang teratur serta telus.
Setiap peserta akan menerima dokumentasi pelaksanaan termasuk gambar sembelihan serta sijil penyertaan yang boleh diakses melalui laman rasmi syarikat.
Sebahagian sumbangan turut disalurkan kepada institusi tahfiz sebagai manfaat berterusan.
“Program ini juga memberi penekanan kepada aspek kebajikan dan pengagihan daging korban kepada penduduk pedalaman yang jarang menikmati daging selain pada musim Aidiladha. Antara kawasan terlibat di Lombok termasuk Kampung Bandok, Kampung Tembeng, Mamben, Temanjor, Labuan, Aikmel dan beberapa kawasan lain yang dikenal pasti memerlukan bantuan,” ujar Ustaz Musa.
Menurut Ustaz Musa, pengalaman turun padang menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat di kawasan tersebut menambah tekadnya mahu terus memperluas agihan.
Golongan penerima terdiri daripada petani dan penternak dalam lingkungan usia dewasa hingga warga emas yang hidup dalam serba kekurangan.
Beliau turut menggalakkan agar lebih ramai umat Islam bersama dan menyertai program ini agar manfaat ibadah korban dapat diperluaskan kepada lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan.
Dengan penyertaan yang lebih meluas, lebih banyak keluarga di kawasan pedalaman dan masyarakat yang kurang berkemampuan dapat merasai nikmat daging korban yang mungkin jarang mereka peroleh setiap tahun.
Ustaz Musa menambah, usaha kecil daripada peserta ini diharap mampu membawa kegembiraan yang besar kepada mereka yang kurang berpeluang menikmati kemeriahan Aidiladha.
Pada masa yang sama, ia juga menjadi satu bentuk perkongsian rezeki yang mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam, selaras dengan semangat saling membantu dan prihatin dalam keterbatasan rezeki yang dianugerahkan Allah swt.
SEKILAS:
1. Bagi pembayaran tunai, hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073.
2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 019-904263-9.
3. Cek atas nama Al-Imtaq International & Services.
4. PayNow ke UEN 53202179K (selepas melakukan transaksi, berikan bukti sumbangan dan hantar melalui talian WhatsApp di 8454-3782 secepat mungkin).
5. Kunjungi pejabat Na’am Travel di 228 Changi Road #01-05 Icon @Changi Singapura 419741, atau hubungi talian 8464-7880 untuk mendaftar.
6. Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman www.al-imtaq.com.
