Topik diikuti
Pergi ke BHkuAkademi latihan baru dalam penjara bantu banduan bina kerjaya

Akademi latihan baru dalam penjara bantu banduan bina kerjaya
BANDUAN akan mempunyai akses kepada program latihan kepakaran, yang terdiri daripada kelas kejuruteraan jitu dan latihan kemahiran media, untuk bantu mereka mendapat pekerjaan selepas dibebaskan dari penjara.
Latihan khusus industri itu akan merangkumi kemahiran perlu dalam pasaran baru muncul yang dikenal pasti Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), kata Lembaga Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (Score) dalam satu kenyataan semalam.
