SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Air hujan masuk stesen MRT Marymount akibat hujan lebat di Bishan

Air hujan masuk stesen MRT Marymount akibat hujan lebat di Bishan

Apr 7, 2018 | 7:20 PM

Air hujan masuk stesen MRT Marymount akibat hujan lebat di Bishan

HUJAN lebat di kawasan Bishan hari ini (7 April) menyebabkan air hujan memasuki stesen MRT Marymount.

Menurut akhbar The Straits Times, beberapa pekerja dilihat sedang membersihkan stesen itu sekitar 6 petang tadi.

Agensi air negara PUB juga telah mengeluarkan amaran banjir bagi Bishan sebelum itu.

Menerusi laman Twitter PUB pada 4.45 petang, mereka berkata paras air di salah satu stesennya yang mengukur paras air di Bishan Road - SG Kallang - sudah pun mencecah 100 peratus.

Sementara itu, paras air di longkang besar di kawasan Boon Keng pula naik akibat hujan lebat, sehingga menyebabkan airnya menjadi berlumpur.

Menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), orang ramai juga boleh menjangkakan hujan dengan guruh pada waktu tengah hari esok dan lusa.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg