Topic followed successfully
Go to BHkuAgihan daging korban manfaatkan penerima Muslim seluruh negara
Agihan daging korban manfaatkan penerima Muslim seluruh negara
Agihan daging korban manfaatkan penerima Muslim seluruh negara
Lebih 40 tan daging korban yang dipesan melalui masjid-masjid pada 2024 telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan baru-baru ini.
Sepanjang dua minggu, SalamSG Gives, telah bekerjasama dengan lebih 300 sukarelawan daripada beberapa masjid di seluruh Singapura seperti Masjid Darul Ghufran, Masjid Al-Amin, Masjid An-Nur dan Masjid Al-Khair.
Sebagai usaha untuk mendapatkan lebih ramai penerima untuk SalamSG Gives, SalamSG Korban (SSGK) dan masjid-masjid telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pertubuhan dan agensi.
Ini termasuk Persatuan Rakyat (PA), Projek Dian@M3, Rangkaian Sokongan Masyarakat atau Community Link (ComLink), Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Muslim (MMO) dan kumpulan pekerja migran.

