Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara wanita Great Eastern tandakan kembalinya larian secara fizikal

Nov 15, 2021 | 5:30 AM
ACARA FIZIKAL: Larian Wanita Great Eastern 2021 dianjurkan sedang sekatan Covid-19 dalam sektor sukan dilonggarkan. - Foto BH oleh KELVIN CHNG
ACARA FIZIKAL: Larian Wanita Great Eastern 2021 dianjurkan sedang sekatan Covid-19 dalam sektor sukan dilonggarkan. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -

LARIAN maraton secara fizikal kembali pada pagi semalam walau dalam suasana lebih sepi.

15 pelari wanita setempat terbaik menyertai acara separuh maraton dalam Larian Wanita Great Eastern 2021, iaitu acara larian secara fizikal paling berperingkat tinggi pertama sejak pandemik.

Bekas pelari Sukan SEA, Rachel See adalah yang pertama menamatkan garisan, disusuli oleh Hu Xiuying dan Vanessa Chong.

Acara larian itu dianjurkan sedang sekatan Covid-19 dalam sektor sukan telah dilonggarkan.

Mengulas mengenai pengalaman tersebut, See berkata:

"Saya merindui acara kompetitif seperti ini, dan pada masa yang sama juga peluang untuk berlari dalam perlumbaan dengan rakan-rakan... kami semua mengenali satu sama lain," ujarnya.

Sebelum ini, kali terakhir perlumbaan secara fizikal yang dilalui pelari seperti See dan lain-lain lagi ialah acara Maraton Standard Chartered Singapore pada November 2019.

Perlumbaan semalam bermula dan berakhir di OCBC Square, Hab Sukan Singapura dengan para peserta berlari di laluan sekitar putaran Taman East Coast.

Pada awalnya, larian tersebut dijadual diadakan secara maya namun kemudiannya diadakan sebagai larian fizikal dengan waktu permulaan 5.30 pagi supaya dapat mengelak keadaan sesak. Tiada jalan raya juga yang ditutup.

Kesemua peserta juga telah menerima vaksin sepenuhnya dan diperlukan menyerahkan keputusan negatif bagi ujian antigen pantas mereka yang diambil 20 jam sebelum perlumbaan bermula.

Larian secara fizikal berskala besar seterusnya adalah Maraton Standard Chartered Singapura.

Pihak penganjur mengumumkan sehingga 4,000 peserta akan menyertai empat perlumbaan fizikal selama dua hari, 4 dan 5 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg