SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

8 orang disiasat polis kerana perjudian haram

8 orang disiasat polis kerana perjudian haram

Sep 18, 2021 | 3:04 PM

8 orang disiasat polis kerana perjudian haram

Polis telah merampas wang tunai bernilai lebih $2,000 telefon bimbit dan barangan berkaitan berjudi dalam operasi baru-baru ini.
Polis telah merampas wang tunai bernilai lebih $2,000 telefon bimbit dan barangan berkaitan berjudi dalam operasi baru-baru ini. - SPF

Polis sedang menyiasat lapan orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan berjudi secara haram.

Menurut kenyataan polis hari ini, para pegawai dari Divisyen Polis Woodlands telah menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap kegiatan berjudi secara haram di Yishun pada 15 September.

Lima lelaki berusia di antara 62 tahun dengan 74 tahun, sedang disiasat atas kesalahan di bawah Akta Pertaruhan.

Dua lelaki lain dan seorang wanita berumur di antara 60 tahun dengan 78 tahun sedang disiasat atas kesalahan di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh.

Kenyataan itu berkata wang tunai bernilai lebih $2,000 telefon bimbit dan barangan berkaitan berjudi telah dirampas.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg