Topik diikuti
Pergi ke BHku5 antibodi berpotensi neutralkan virus Covid-19 ditemui di makmal di SG
5 antibodi berpotensi neutralkan virus Covid-19 ditemui di makmal di SG
LIMA antibodi yang berpotensi meneutralkan ataupun menjadikan virus yang menyebabkan Covid-19 tidak berkesan, telah ditemui saintis di Makmal Nasional Pertubuhan Sains Pertahanan (DSO), iaitu pertubuhan penyelidikan dan pengembangan pertahanan Singapura.
Dikenali sebagai antibodi meneutralkan, ia menghalang virus daripada menjangkiti sel pesakit dengan mengikat dirinya kepada sebahagian virus yang diperlukan bagi memasuki sel tersebut, lapor The Straits Times.
