Topik diikuti
Pergi ke BHku45 pelajar cemerlang dari tiga ITE diiktiraf bagi Anugerah Bestari
45 pelajar cemerlang dari tiga ITE diiktiraf bagi Anugerah Bestari
SERAMAI 45 pelajar Melayu daripada ketiga-tiga Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah diiktiraf dalam satu majlis Anugerah Bestari bagi meraikan pelajar cemerlang yang memaparkan pencapaian baik dalam akademik dan aktiviti kokurikular.
Pelajar dipilih berdasarkan saranan guru ITE Kolej Central, Timur dan Barat hasil kerjasama rapat antara pihak ITE dengan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) selama 16 tahun menerusi projek bITE.
