32 pelajar terjejas apabila kertas jawapan Matematik Tambahan hilang di Britain
Premium
32 pelajar terjejas apabila kertas jawapan Matematik Tambahan hilang di Britain
Calon merangkumi 20 pelajar dari Sekolah Tinggi Nan Hua dan selebihnya dari Sekolah Menengah Hong Kah, kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Jurongville
Jan 15, 2019 | 5:30 AM
MINTA MAAF: Pengarah Peniliaian bagi Penilaian Cambridge, Cik Juliet Wilson, yang turut hadir dalam sesi taklimat media semalam memohon maaf atas kejadian kertas jawapan yang hilang. Pihaknya juga akan menjalankan semakan menyeluruh terhadap prosedur mereka berkaitan pengurusan skrip. - Foto CMG -
SEBUAH bagasi yang mengandungi 32 kertas jawapan Matematik Tambahan Kertas 2 Peperiksaan GCE peringkat 'O' telah hilang di United Kingdom selepas seorang penumpang keretapi tersilap mengambil bagasi itu.
Kejadian yang berlaku pada 21 November tahun lalu itu melibatkan seorang pemeriksa Cambridge yang sedang menaiki keretapi dari London ke bahagian utara England, dengan membawa skrip Kertas 2 itu yang merangkumi 56 peratus gred keseluruhan bagi subjek tersebut.

