SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

$315j diperuntuk perluas rangkaian penghubung taman termasuk laluan riadah 62km Tuas-Changi

$315j diperuntuk perluas rangkaian penghubung taman termasuk laluan riadah 62km Tuas-Changi

Mar 4, 2021 | 8:40 PM

$315j diperuntuk perluas rangkaian penghubung taman termasuk laluan riadah 62km Tuas-Changi

Contoh sebuah taman seluas 7.6 hektar yang akan dibina dekat Upper Thomson menjelang 2024. -
Contoh sebuah taman seluas 7.6 hektar yang akan dibina dekat Upper Thomson menjelang 2024. - - FOTO: LEMBAGA TAMAN NEGARA

SATU laluan berjalan dan berbasikal baru sepanjang 62 kilometer yang menghubungkan Tuas dengan Changi sedang dirancangkan.

Laluan C2C (pantai ke pantai) Southern Trail itu merupakan antara empat laluan riadah yang diumumkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada Khamis (4 Mac) sewaktu bahas belanjawan kementerian beliau di Parlimen.

Laluan lain yang sedang dalam perancangan termasuk laluan utara Coast-to-Coast Northern Trail sepanjang 25 km yang menghubungkan Sungei Buloh dengan Khatib Bongsu; laluan Central Corridor 34 km yang menghubungkan Woodlands dengan pusat bandar; dan laluan Eastern Corridor 8 km antara East Coast-Pasir Ris

Apabila laluan tersebut selesai dibina menjelang 2030, ia akan menjadi sebahagian rangkaian lapan laluan riadah sepanjang 360 km.

Secara keseluruhan, lebih $315 juta dolar akan diperuntuk untuk membina laluan baru itu dan projek lain untuk memperluas taman dan Rangkaian Penghubung Taman (PCN) di sini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg