Topik diikuti
Pergi ke BHku146 disiasat kerana tipu mangsa $1.15 juta
Kes tipu dalam tempoh pemutus litar Covid-19 meningkat

146 disiasat kerana tipu mangsa $1.15 juta
SEJUMLAH 146 orang yang disyaki terlibat dalam penipuan - kebanyakkannya penipuan cinta, penipuan jualan dalam talian dan penipuan pinjaman - sedang membantu polis dalam siasatan.
Suspek 97 lelaki dan 49 wanita itu, yang berusia 16 hingga 87 tahun, dipercayai terlibat dalam 375 kes penipuan yang mengakibatkan mangsa kerugian lebih $1.15 juta, lapor akhbar The Straits Times.
