10,000 sertai larian 'Run For Hope' sokong kesedaran barah
Premium
10,000 sertai larian 'Run For Hope' sokong kesedaran barah
Jan 22, 2018 | 5:30 AM

BERLARI DEMI AMAL: Para peserta 'Run For Hope' 2018 berlari melintasi beberapa kawasan ikonik Singapura, seperti Taman di Persisiran serta Marina Bay Sands. - Foto ihsan 'RUN FOR HOPE' -
HAMPIR 10,000 peserta termasuk atlit Team Singapore dan beberapa selebriti tempatan telah mengambil bahagian dalam acara larian terbesar Singapura, 'Run For Hope', di OCBC Square, Hab Sukan Singapura semalam.
Acara menyambut ulang tahun ke-25 dan diadakan bagi memupuk kesedaran serta penyelidikan penyakit barah berjaya mengumpul dana sebanyak $1.5 juta bagi Dana Penyelidikan Pusat Barah Nasional Singapura.

