SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

10 cedera termasuk 3 kanak-kanak dalam kebakaran di flat Whampoa

10 cedera termasuk 3 kanak-kanak dalam kebakaran di flat Whampoa

Feb 28, 2021 | 6:24 PM

10 cedera termasuk 3 kanak-kanak dalam kebakaran di flat Whampoa

Sekitar 100 orang dari blok terjejas telah dipindahkan oleh SCDF dan polis.
Sekitar 100 orang dari blok terjejas telah dipindahkan oleh SCDF dan polis. - LIANHE ZAOBAO

SERAMAI 10 orang, termasuk tiga kanak-kanak, cedera dan terhidu asap berlebihan dalam satu kebakaran di sebuah flat di Whampoa pada Ahad (28 Feb).

Mereka kemudian dikejarkan ke hospital, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu pos Facebook.

SCDF berkata ia dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 22 Jalan Tenteram itu pada kira-kira 9 pagi.

"Api kebakaran sedang meluap-luap dan menyelubungi sebuah unit perumahan pada tingkat kedua," kata SCDF.

Enam orang dalam unit terjejas itu berjaya meninggalkan flat itu sebelum SCDF tiba.

Dua daripada mereka ditemui di tingkat bawah dengan kecederaan. Mereka telah dirawat oleh seorang paramedik dan pasukan Khidmat Perubatan Kecemasan SCDF.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg