SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

10 cedera dalam kebakaran di Whampoa

10 cedera dalam kebakaran di Whampoa

Mar 1, 2021 | 5:30 AM

10 cedera dalam kebakaran di Whampoa

MEMADAMKAN API: Anggota bomba dari Balai Bomba Central memadamkan api menggunakan jet air dan dua beg galas berisi busa udara mampat. - Foto SCDF
MEMADAMKAN API: Anggota bomba dari Balai Bomba Central memadamkan api menggunakan jet air dan dua beg galas berisi busa udara mampat. - Foto SCDF -

SEPULUH orang, termasuk tiga kanak-kanak, cedera dan terhidu asap selepas satu kebakaran di sebuah flat HDB di Whampoa pagi semalam.

Mereka dihantar ke hospital, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu pos Facebook. SCDF menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 22 Jalan Tenteram itu sekitar 9 pagi.

"Api marak hingga merebak ke seluruh rumah yang terletak di tingkat dua," ujar SCDF.

Enam orang dari flat itu menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba.

Dua daripada mereka ditemui di kolong blok dengan kesan kecederaan. Mereka diberi rawatan segera oleh anggota paramedik dan kru Khidmat Perubatan Kecemasan SCDF.

Pada masa sama, anggota bomba dari Balai Bomba Central memadamkan api menggunakan jet air dan dua beg galas berisi busa udara mampat, kata SCDF.

Sekitar 100 penduduk dari blok terjejas dipindahkan oleh SCDF dan polis. Beberapa flat di sebelah dan atas mengalami kerosakan, menurut SCDF.

Siasatan awal mendapati kebakaran itu berasal dari punca elektrik di ruang tamu, tambah SCDF.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg