Premium
Yakin diri, minat mampu jadi pembahas terbaik
Apr 26, 2021 | 5:30 AM
PEMBAHAS TERBAIK: Tetamu Terhormat, Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (kanan) menyampaikan hadiah kepada pelajar Tahun 4 dari Sekolah Perempuan Raffles, Iman Nabilah Yasmeen Yunus, yang terpilih sebagai Pembahas Terbaik keseluruhan dalam pertandingan bahas anjuran 4PM baru-baru ini. Di kiri ialah Presiden 4PM, Encik Izzudin Taherally. - Foto 4PM -
WALAUPUN berusia 16 tahun, pengalaman Iman Nabilah Yasmeen Yunus dalam bidang bahas sudah dipupuk sejak di sekolah rendah lagi.
Pelajar Tahun 4 Sekolah Perempuan Raffles (RGS) itu menjelaskan minatnya untuk berucap di hadapan khalayak ramai sebenarnya bermula sejak berusia tiga tahun, apabila dia bercerita untuk keluarganya.

