Premium
Tetiba minat buat onde-onde dengan anak
Beberapa cara bapa curi masa berkualiti dengan anak di tengah pandemik
Jul 26, 2021 | 5:30 AM
SATU hikmah yang tidak dijangka di tengah-tengah pandemik ini ialah masa tambahan yang boleh diluang dengan anak-anak dan keluarga.
Bagi bapa dua anak kecil seperti saya, perkara ini adalah suatu yang amat dihargai, dan sedikit-sebanyak mengurangkan tekanan (dan keluhan) semasa terpaksa mengimbangi kerja dari rumah (WFH) dengan pembelajaran di rumah (HBL), di mana mesyuarat kerja dan kelas anak-anak di sekolah kadangkala berlaku serentak.

