Tersentuh, mak cik, nenek nak turunkan resipi tradisional
Premium
Tersentuh, mak cik, nenek nak turunkan resipi tradisional
Apr 4, 2021 | 5:30 AM
STRATEGI PEMASARAN PENTING: Di samping menarik minat warga emas, Encik Muhaimin juga melakukan strategi pemasaran yang lebih moden melalui media sosial untuk menarik minat pelanggan muda. Malah, beliau meletakkan kuihnya agar cantik dipandang mata dari segi estetik bagi menarik minat generasi muda. - Foto BM oleh KUA CHEE SIONG -
OLEH kerana isterinya teringin sangat memakan kuih koleh-koleh sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan tahun lalu, Encik Mohammad Muhaimin Abdul Rahman terpaksa menonton video di YouTube untuk mempelajari cara membuatnya.
Pandemik Covid-19 itu menjadi satu hikmah baginya yang mula berjinak-jinak membuat kuih-muih tradisional Melayu yang lain sewaktu bekerja di rumah.

