Topik diikuti
Pergi ke BHku'Tahfiz' cilik dilatih hafal Juz ke-30 dalam masa tiga tahun
Dalam dua siri Tahfiz di Singapura sebelum ini, kami melaporkan dua instutusi setempat - pusat tahfiz Darul Quran Singapura Masjid Kampung Siglap (DQSMKS) dan Pusat Pengajian Darul Huffaz - yang telah melahirkan lebih 50 tahfiz. Kali ini, kami paparkan bagaimana Pusat Pendidikan Jamiyah Little Hufaz melahirkan hafiz cilik dan bagaimana pelajar bidang psikologi menyahut cabaran untuk menjadi seorang hafiz.
1 of 2
Oct 22, 2022 | 5:30 AM
'Tahfiz' cilik dilatih hafal Juz ke-30 dalam masa tiga tahun
SESI harian yang dijalankan lima kali seminggu telah berkesan melatih kanak-kanak untuk menghafal sekurang-kurangnya satu ayat Al-Quran setiap hari.
Hasil yang ketara ialah kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dapat menghafal keseluruhan juz ke-30 - Juz 'Amma - Al-Quran menjelang penghujung perjalanan tiga tahun mereka di Little Huffaz.
