Topik diikuti
Pergi ke BHkuSumbangan pek makanan bantu keluarga kurangi kos sara hidup
May 15, 2023 | 5:30 AM
Sumbangan pek makanan bantu keluarga kurangi kos sara hidup
HAMPIR setiap hari, Cik Asmah (bukan nama sebenar) akan memikirkan tentang makanan yang boleh dihidangkan kepada keluarganya.
Sebagai ibu kepada lapan anak, berusia antara 3 hingga 13 tahun, Cik Asmah kadangkala terpaksa memasak hidangan ringkas yang terdiri daripada satu hidangan daging atau ayam dan sup sayur-sayuran, bagi memastikan anak-anaknya menerima khasiat yang diperlukan.
