Topik diikuti
Pergi ke BHkuSkim tipu pinjaman wang: Mangsa rugi $35,000 dalam 16 jam
Terpedaya kerana penipu dakwa 'mewakili' syarikat pinjaman wang berlesen popular; penipu 'kenal' adik mangsa; umpan dengan janji segala bayaran dan cukai akan 'dikembalikan'
Skim tipu pinjaman wang: Mangsa rugi $35,000 dalam 16 jam
BELIAU pulang ke tanah air selepas tujuh tahun bekerja di luar negara tetapi Encik Ariffin Ali (bukan nama sebenar), 41 tahun, tidak menjangkakan lapan bulan selepas kepulangannya pada 22 November tahun lalu akan berdepan kejutan perasaan.
Memburukkan lagi keadaan, niat murninya untuk membantu adiknya menjelaskan hutang yang tertunggak bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirinya sendiri menjadi mangsa penipuan skim pinjaman yang kini begitu berleluasa.
