Topik diikuti
Pergi ke BHkuSifat ingin khidmat kepada masyarakat dorong sertai bidang urus jenazah
Premium
Sifat ingin khidmat kepada masyarakat dorong sertai bidang urus jenazah
Seperti perniagaan lain, syarikat pengurusan jenazah Islam turut terjejas dengan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Ini sehinggakan ada yang perlu menaikkan harga pakej pengurusan jenazah yang ditawarkan. Namun, meskipun menghadapi cabaran, industri pengurusan jenazah kian berkembang di Singapura dengan kemunculan syarikat-syarikat baru. Berikut laporan BERITA MINGGU.
Sifat ingin khidmat kepada masyarakat dorong sertai bidang urus jenazah
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 26, 2023 | 5:30 AM
SEJAK kecil lagi, Encik Iskandar Dzulkhairi Haji Abdul Aziz sudah mengikuti bapanya yang menguruskan jenazah bagi penduduk kampung Kaki Bukit yang kehilangan orang tersayang.
Ketika itu, usianya baru sekitar lapan atau sembilan tahun tetapi beliau masih ingat lagi tugasnya membantu mencacak batu nisan dalam tanah dan membuat papan long.
