Topik diikuti
Pergi ke BHkuSharael sentiasa cari jalan lakukan sesuatu
Kata-kata ayah 'jangan sebut apa yang tak boleh dilakukan' jadi pendorong cari cara terbaik atasi sebarang masalah
May 23, 2021 | 5:30 AM
Sharael sentiasa cari jalan lakukan sesuatu
KATA-KATA bapanya terngiang-ngiang di telinga setiap kali beliau menghadapi situasi yang mencabar: "Jangan sebut apa yang tak boleh dilakukan, cari jalan untuk lakukan sesuatu."
Ternyata kata-kata tersebut menjadi pegangan yang mendorong beliau terus memikirkan jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, dari zaman sekolah hingga ke universiti dan tempat kerja.
