Premium
SG perlu manfaatkan huraian iklim global
Apr 24, 2021 | 5:30 AM
PARAS AIR LAUT DAN PANTAI: Dengan perubahan iklim tempat-tempat seperti pantai mungkin terjejas akibat kenaikan paras air laut. - Foto fail 2020 ST -
PERUBAHAN iklim telah menyebabkan paras air meningkat di dalam dan sekitar Singapura - dan banjir kilat yang melanda bandar ini Sabtu lalu merupakan antara tanda-tanda sebuah dunia yang semakin panas.
Perubahan iklim akan membawa hujan lebat yang lebih kerap, yang boleh menjejas sistem penyaliran. Ia juga menyebabkan paras air laut meningkat - satu ancaman bagi negara kawasan rendah seperti Singapura - kata para pakar dalam satu webinar anjuran The Straits Times baru-baru ini.

