Topik diikuti
Pergi ke BHkuSeronok ajar murid berdikari jalani kehidupan harian
Seronok ajar murid berdikari jalani kehidupan harian
Tugas guru amat mencabar namun sangat bermakna. Apabila dapat melihat hasil usaha mereka terpapar pada pencapaian dan juga pembentukan peribadi yang baik pada murid-muridnya, mereka akan rasa bangga. Sempena Hari Guru, BERITA MINGGU mewawancara dua guru yang mengajar dan membimbing kanak-kanak berkeperluan khas.
DENGAN lebih 19 tahun pengalaman bekerja di Sekolah AWWA @ Napiri, Encik Norshahrin Hassan telah memperoleh pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang luas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas.
