Saintis S'pura kaji kesan cendawan dalam bantu cegah demensia
Premium
Saintis S'pura kaji kesan cendawan dalam bantu cegah demensia
Dec 21, 2022 | 5:30 AM

PENEMUAN ERGOTHIONEINE: Prof Barry Halliwell (kiri) dan Dr Irwin Cheah (kanan), bekerjasama dalam menjalani ujian klinikal tehadap potensi ergothioneine dalam mencegah atau melambatkan gangguan kognitif dan demensia. - Foto NUS -
SEKUMPULAN saintis Singapura telah memulakan semula ujian klinikal untuk melihat sama ada menambah diet seseorang dengan ergothioneine - kompaun yang ditemui terutamanya dalam cendawan - boleh membantu mencegah atau melambatkan gangguan kognitif dan demensia.
Ujian itu dibuat selepas mereka mendapati bahawa paras ergothioneine yang rendah dalam darah ada kaitannya dengan peningkatan risiko masalah kognitif.

