Pensyarah ITE yang juga bekas pelajar raih Anugerah Guru
Pengguna Berdaftar
Pensyarah ITE yang juga bekas pelajar raih Anugerah Guru
Sambung belajar dari ITE hingga NTU sebelum kembali mengajar dalam bidang teknologi infokom
Jan 23, 2022 | 6:40 PM
RASA ADA KELEBIHAN SEBAGAI BEKAS PELAJAR ITE: Cik Sitti Fatimah Mohamed Sa'ad dapat memahami pengalaman yang dilalui para pelajarnya kini kerana beliau pernah berada di tempat mereka suatu ketika dahulu. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -
Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bulan lalu telah mengadakan Persidangan Guru-Guru ITE 2020 secara dalam talian. Semasa persidangan itu dua anugerah - Anugerah Guru ITE dan Anugerah Pelatih Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) - telah disampaikan. Ia bertujuan mengiktiraf pendidik cemerlang yang telah menunjukkan dedikasi dan perhatian luar biasa kepada pelajar. BERITA HARIAN mengetengahkan dua penerima anugerah tersebut.
JIKA dahulu beliau masuk ke kelas di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sebagai pelajar, kini Cik Sitti Fatimah Mohamed Sa'ad hadir sebagai tenaga pengajar pula.

