Topik diikuti
Pergi ke BHkuMinat kepada teknologi kewangan
Tiga pelajar Politeknik Ngee Ann yang muncul sebagai antara pelajar terbaik dalam kohort mereka mengongsi rahsia di sebalik kejayaan mereka. BERITA HARIAN mewawancara pelajar tersebut yang baru-baru ini dianugerahkan diploma mereka.
Minat kepada teknologi kewangan
WALAUPUN membesar dalam keadaan yang mencabar dari segi kewangan, Cik Nur Sabrina Massri menyahut cabaran ini sebagai satu cara untuk beliau memperbaiki mutu kehidupannya.
Setelah menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Hillgrove, Cik Sabrina, 22 tahun, mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam bidang perakaunan.
