Premium
Terubat rindu... dah boleh rewang dan berkompang
Populariti majlis kecil-kecilan dalam ruang berhawa dingin seperti di dewan acara atau hotel - yang bermula sejak tempoh pandemik - terus berkekalan sebagai pilihan ramai dalam melangsungkan persandingan mereka. Namun, dengan tiadanya sekatan Covid-19, majlis kolong blok lebih banyak kelihatan dan dijangka terus meningkat pada tahun-tahun akan datang. BERITA MINGGU (BM) meninjau kembalinya 'trend' lama tersebut diiringi paluan kompang dan kekecohan berkaraoke yang kembali bergema di estet-estet perumahan.
Dec 11, 2022 | 5:30 AM
KAWASAN kolong blok HDB dan dewan serbaguna kembali 'hidup' pada hujung minggu dengan keriuhan majlis walimah mengisi ruang yang sudah sekian lama sepi itu.
Hiasan gah bak 'istana idaman' untuk raja dan permaisuri sehari, memeriahkan lagi suasana majlis yang turut dihadiri sanak saudara dan sahabat handai.

