Premium
Gelembung perjalanan: Banyak faktor perlu dipertimbang
Antara faktor penting ialah sejauh mana bukti saintifik tunjukkan vaksin Covid-19 kurangkan risiko jangkitan
Apr 5, 2021 | 5:30 AM
GELEMBUNG PERJALANAN: Beberapa negara seperti Singapura kini sedang mempertimbangkan aturan gelembung perjalanan yang membolehkan orang ramai melancong tanpa perlu menjalani kuarantin. - Foto ISTOCKPHOTO -
LEBIH banyak negara dijangka mewujudkan gelembung perjalanan yang membolehkan orang ramai melancong tanpa melalui kuarantin, sedang lebih ramai orang divaksin di serata dunia.
Namun, terdapat banyak faktor yang perlu ditimbangkan sebelum aturan perjalanan itu boleh dilaksanakan, kata pakar kesihatan dan pemerhati industri.

