Premium
Rakyat Johor pilih parti mana bakal berkuasa
Pertandingan jadi 'tapak uji' bagi beberapa parti sebelum pilihan raya umum akan datang
Mar 12, 2022 | 5:30 AM
BERI SOKONGAN: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) turut memberi sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad (kanan), dalam kempen PRN Johor. - Foto THE STAR -
DENGAN pertandingan pelbagai penjuru di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pilihan raya negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini bukan sahaja bakal menentukan parti mana yang bakal menguasai negara di selatan Malaysia itu.
Sama penting, ia juga menjadi penunjuk awal tentang tahap sokongan rakyat terhadap parti masing-masing sebelum pilihan raya umum akan datang.

