Pertikaian berterusan di Iraq dijangka timbulkan risiko lebih besar ke atas rakyat
Premium
Pertikaian berterusan di Iraq dijangka timbulkan risiko lebih besar ke atas rakyat
Aug 10, 2022 | 5:32 AM
SERANG PARLIMEN: Penyokong pemimpin Syiah, Encik Moqtada al-Sadr, menguasai Parlimen Iraq pada 4 Ogos lalu, hari keenam serbuan dilakukan sebagai membantah pencalonan daripada puak yang bersaing bagi kedudukan perdana menteri di kawasan Zon Hijau yang dikawal ketat di Baghdad. Hampir 10 bulan selepas berakhirnya pilihan raya, negara 40 juta penduduk itu masih tiada pemerintah, perdana menteri atau presiden baru, disebabkan pertelagahan antara puak dalam membentuk satu perikatan. - Foto AFP -
PERTIKAIAN dan ketegangan yang berterusan di Iraq sejak lebih 10 bulan lalu dijangka menimbulkan risiko lebih besar ke atas rakyat negara itu.
Laporan Institut bagi Pengajian Peperangan (ISW - Institute For The Study of War), Amerika Syarikat, minggu lalu mendakwa kemungkinan Iran mengerahkan proksi mereka untuk menyerang Amerika dan sekutunya di Timur Tengah dalam beberapa minggu ini.

