Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerkenal inisiatif beli secara berkumpulan rancak perniagaan
Apr 17, 2022 | 5:30 AM
Perkenal inisiatif beli secara berkumpulan rancak perniagaan
ENCIK Roimy Tan menghadapi cabaran besar mencari pekerjaan dalam industri penerbangan ketika Singapura dilanda Covid-19 setelah menamatkan pengajiannya di Politeknik Ngee Ann dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa.
Buat sementara waktu, beliau memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan namun Encik Roimy berhenti selepas dua bulan kerana ingin mencipta peluang pekerjaannya sendiri dan membuka perniagaan makanan baru bersama tiga rakan kongsi yang lain.
