Premium
Negara miskin semakin dibelenggu hutang
Apr 6, 2021 | 5:30 AM
MISKIN DAN MELARAT: Sekumpulan orang dilihat berada di kawasan rumah yang musnah dibedil bom di luar kawasan Misi Kesatuan Afrika di Somalia di lapangan terbang Mogadishu, pada 25 Mac lalu. Somalia menghadapi kadar kemiskinan 73 peratus menurut perangkaan PBB. Negara ini punya 70 peratus jumlah penduduk berusia di bawah 30 tahun. Kadar pengangguran di kalangan remaja adalah 67 peratus, antara tertinggi di dunia. - Foto REUTERS -
SETAHUN selepas berlaku pandemik Covid-19 negara-negara miskin dunia kini terbeban dengan belenggu hutang yang menjadi keprihatinan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sehinggakan Setiausaha Agungnya, Encik Antonio Guterres, menggesa supaya pelepasan hutang yang lebih besar dan pembiayaan kreatif baharu dilakukan bagi membantu negara miskin menangani pandemik Covid-19 serta memastikan pemulihan ekonomi mereka tidak ketinggalan.

