Premium
Memandu dengan lebih hijau dan mesra alam
Mar 21, 2021 | 5:30 AM
TEMPAT MENGECAS: Encik Ng Xiang Long, jurutera kanan dari Pusat Kenderaan Elektrik Nasional, Pembangunan Teknologi dan Industri, LTA, menunjukkan hos The BM Show Irma Kamarudin, cara kereta elektrik dicas. Encik Ng turut berkata sebanyak 60,000 tempat pengecas EV, termasuk 40,000 di tempat meletak kereta awam, akan disediakan menjelang 2030. - Foto BM oleh NUR HUMAIRA SAJAT -
Pelbagai inisiatif diperkenalkan untuk menggalak lebih ramai orang menggunakan kenderaan elektrik sedang Singapura berusaha menjadi lebih hijau dan mesra alam. The BM Show minggu ini mengetengahkan topik tentang kenderaan elektrik dan rancangan pemerintah dalam menggalak rakyat Singapura membuat peralihan ke pilihan lebih bersih dan mesra alam itu. Berikut laporan BERITA MINGGU.
PELAN Singapura untuk menjadi lebih hijau dan mesra alam kini rancak digiatkan dengan lebih ramai digalak antara lain menukar ke kenderaan elektrik (EV) sebagai usaha mengurangkan pengeluaran karbon.

