Marcos timbang hubungan strategik dengan Russia, China demi keperluan negara
Premium
Marcos timbang hubungan strategik dengan Russia, China demi keperluan negara
Oct 5, 2022 | 5:30 AM
UTAMAKAN KEPENTINGAN NASIONAL: Presiden Marcos berkata Filipina tidak mampu bergantung pada pembekal tradisional sahaja, dan walaupun "di sisi politik ia agak rumit, tetapi walau apa pun, kepentingan nasional diutamakan". - Foto REUTERS -
TIGA bulan lepas dipilih memasuki Istana Malacanang pada 30 Jun, Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr, kini dilihat bersedia membuat beberapa keputusan besar demi manfaat rakyatnya.
Antara perkara utama yang diputuskannya minggu lalu ialah menjalin hubungan strategik dengan Russia dan China bagi memenuhi keperluan dalam negara.

