Premium
Makna tersirat dalam aspek sajian khas majlis keramaian
Bahasa dan budaya memainkan peranan luas dalam pelbagai aspek kehidupan kita sebagai orang Melayu. Dalam siri lima bahagian ini, BERITA HARIAN mengetengahkan penulisan guru-guru yang pernah dinobat penerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab). Penulisan mereka yang merangkumi bermacam-macam topik menarik dikongsi dalam buku nota yang diterbitkan sempena Bulan Bahasa tahun ini. Dalam bahagian pertama siri ini, kami ketengahkan penulisan Cikgu Nurhafeza Hanem Abdul Azal berjudul 'Sajian-sajian Khas Majlis Keramaian Orang Melayu'.
Sep 7, 2020 | 5:30 AM
BUDAYA Melayu amat kaya dengan kehalusan budi.
Maka, tidak hairanlah jika setiap yang terkandung dalam budaya ini disisipkan dengan makna yang tersirat.

