Laman BH.sg kian kukuh, kandungan podcast, video semakin rencam
Premium
Laman BH.sg kian kukuh, kandungan podcast, video semakin rencam
Dec 30, 2022 | 5:30 AM
SEDANG akhbar cetak Berita Harian (BH) terus dinikmati pembaca setia, pada masa yang sama, tabiat pembaca yang semakin selesa mendapatkan bahan berita secara dalam talian turut disaksikan dalam kalangan pembaca BH.
Sehubungan dengan itu, sejak beberapa tahun lalu, akhbar ini telah gigih mempertingkatkan pengalaman pembaca dalam talian kami, sambil menjadikan laman BeritaHarian.sg sebagai pusat sehenti bagi pelbagai keperluan segenap lapisan masyarakat, melebihi sebuah wadah yang memberikan maklumat, mendidik dan menghibur.

